Kalau sampai satu hari,
yang kita tak jumpa dah apa-apa yang boleh disyukuri.
maka bersyukurlah,
kita masih ada Tuhan.
bahawa kita ada iman.
Tuhan yang maha mendengar, apa yang dalam hati dan yang dizahirkan.
Tuhan yang maha melihat, apa yang tersorok dan terang-terangan.
Tuhan yang maha mengetahui,
Tuhan yang menciptakan.
Kerana dengan Tuhan.
kita tak perlu pura-pura kuat untuk menahan segala beban dunia.
kerana kita ada Dia, untuk kita sandarkan.
Kerana dengan Tuhan.
kita boleh lemah menjadi manusia.
kerana kita ada Dia, yang mengampunkan.
Kerana dengan Tuhan.
kita boleh berharap, bermimpi dan jatuh berkali-kali.
kerana kita ada Dia, yang menghidupkan.
indah kan? hidup bertuhan.
kerana ramai orang mati.
kerana putus asa.
kerana putus cinta.
hilang tempat bergantung dan berharap.
dunia jadi gelap dan melemaskan.
jadi bersyukurlah. kita masih ada Tuhan.
bersyukurlah. kita ada iman. :)
ps: iman senipis kulit bawang? lebih baik dari tiada iman.
Tuesday, December 25, 2012
Saturday, December 22, 2012
Rabitah Kita
Imagine.
1. Bagaimana agaknya hidup kita tanpa dakwah ini?
2. Kalau kita tak terlibat dengan dakwah, apakah yang akan kita lakukan dengan seluruh usia hidup kita yang mungkin mencecah hingga 50, 60 tahun nanti?
Bukankah sangat rugi......... Kalau hidup selama ini, berhempas-pulas dan berpenat lelah; semata-mata untuk mengejar sesuatu yang bakal lenyap, kemudian kembali pula kepadaNya dalam keadaan tidak mencapai tujuan kita diciptakan sebenar-benarnya?
Nauzubillah.. Malu dan.... Ngeri.
-Kata sang kakak,
kita sangat bertuah bila terpilih menyusuri jalan ini.
Natijahnya, kita dapat berjalan beriringan dengan sekelompok manusia, yang sentiasa concern samada kita hadir program-program yang membina diri + peribadi kita ataupun tidak. Yang bertanya, dan yang selalu kisah akan perihal iman kita (dan pastinya tinggi rendahnya iman itu boleh diukur dengan output/amal yang kita lakukan). Yang sudi memuhasabahkan, memberi nasihat dan juga teguran kasih sayang..
Dan yang paaaaaling minima -kalau agak2 terasa nakfutur jatuh pun- kita dapat bermujahadah sama-sama dan beri support satu sama lain untuk bangkit semula! -Kerana bukankah di atas dasar dan keimanan itu ukhuwwah kita dibina? :)
*Membayangkan kalau dibiar sendirian dan tidak dikisahkan oleh mereka2 yang di sekeliling, barangkali tidaklah sekuat mana kaki ini mahu selalu melangkah ke pengisian-pengisian 'ilmi dan ruhi.. dan ke taman-taman syurgawi.
1. Bagaimana agaknya hidup kita tanpa dakwah ini?
2. Kalau kita tak terlibat dengan dakwah, apakah yang akan kita lakukan dengan seluruh usia hidup kita yang mungkin mencecah hingga 50, 60 tahun nanti?
* * *
Bukankah sangat rugi......... Kalau hidup selama ini, berhempas-pulas dan berpenat lelah; semata-mata untuk mengejar sesuatu yang bakal lenyap, kemudian kembali pula kepadaNya dalam keadaan tidak mencapai tujuan kita diciptakan sebenar-benarnya?
Nauzubillah.. Malu dan.... Ngeri.
-Kata sang kakak,
kita sangat bertuah bila terpilih menyusuri jalan ini.
Natijahnya, kita dapat berjalan beriringan dengan sekelompok manusia, yang sentiasa concern samada kita hadir program-program yang membina diri + peribadi kita ataupun tidak. Yang bertanya, dan yang selalu kisah akan perihal iman kita (dan pastinya tinggi rendahnya iman itu boleh diukur dengan output/amal yang kita lakukan). Yang sudi memuhasabahkan, memberi nasihat dan juga teguran kasih sayang..
Dan yang paaaaaling minima -kalau agak2 terasa nak
*Membayangkan kalau dibiar sendirian dan tidak dikisahkan oleh mereka2 yang di sekeliling, barangkali tidaklah sekuat mana kaki ini mahu selalu melangkah ke pengisian-pengisian 'ilmi dan ruhi.. dan ke taman-taman syurgawi.
Bersamamu, aku ingin lalui jalan ini. Sampai bila-bila.
Kerna inilah intipati.. Rabitah kita :)
Saturday, December 1, 2012
Barakallahufiki
Labels:
ASP,
life as it is
Tarikh bersejarah buat warga ASP sekalian.
Dan terutamanya buat Syifa yang disayangi selalu
1 Disember 2012
Barakallahufiki!
Pada awal perkenalan, buatku jatuh hati dengannya.
Dia yang sentiasa berlemah-lembut, bersopan santun.
Tak mungkin untuk menyimpan rasa yang bukan-bukan
Allah,
Betapa indahnya mahabbah yang Engkau berikan kepada kami.
Rasa sayang padanya terus-menerus menebal dan meningkat
Setiap kali kita bertemu.
Rasa sedih kerana terpaksa berkongsi 'dia' dengan yang lain. Yang asing pada pandanganku. Rasa gembira dan bahagia melihat 'dia' akhirnya bertemu dengan her other half. Semoga perjalanan seterusnya untuk mencapai redha-Nya lebih kukuh dan utuh. Membina keluarga muslim, memimpin ummah ke arah kegemilangan. amin.
Barakallahufiki ya ukhti,
Semoga keluarga yang dibina atas mahabbah dan redha Allah terus kekal walau cabaran datang menjengah. Semoga menempuh alam rumah tangga dengan penuh kesabaran dan toleransi.
Saturday, November 3, 2012
Falsafah Hujan dan Matahari
Labels:
life as it is,
words to ponder upon
Melawan hujan dan terik matahari tak sesukar bertarung dengan emosi.
Kerana perempuan, memang emosional..
Akhir-akhir ni cuaca selalu tak menentu. Di Amerika dan Kanada, ada taufan Sandy. Di UIA, boleh kata setiap hari juga hujan, hujan dan hujan. Makanya, terpaksa post entry ini dalam blog 'Selepas Hujan'. eh? ;D
OK hari ni nak cakap pasal cuaca. je.
Apa di sebaliknya?
-Bukan hanya urusan pergi-balik kelas yang dipengaruhi oleh faktor cuaca. Malah, menjemur baju juga merupakan suatu masalah kalau sekejap hujan dan sekejap panas. Macam tak ada ketetapan pula. Baru sidai di bawah matahari tadi, sedar-sedar bajunya sudah selamat menelan limpahan air hujan dari langit pula. Terpaksalah keringkan semula dan jemur sekali lagi =( ~Nampaknya dalam keadaan cuaca yang tak menentu ini, hilanglah kondisi yang sesuai utk membantu pengeringan baju tersebut dalam kadar kecepatan yg maksima. Begitu jugalah dengan hati kita. Kalau sekejap basah dan lembut dengan air mata penyesalan, kemudian dibakar pula dengan teriknya dosa serta kemaksiatanya, alamat susahlah.. Kondisi yang tak tetap ini sangatlah tak membantu penyuburan benih keimanan yang tertanam di dalam hati
-Masih tentang 'sekejap hujan dan sekejap panas'. Untungnya manusia, walau apa jua cuaca dan keadaan sekeliling, tak ada halangan untuk doanya sampai kepada Allah. kan? Tak ada juga halangan dari terus beribadah dan melakukan amal-amal terbaik sebagai seorang khalifah dan 'abid -> Tak ada kes siaran terputus macam Astro, atau kes modem rosak sebab disambar kilat lalu hilang hubungan dan komunikasi :D
1 contoh ~Sepanjang-panjang waktu Dhuha, walaupun tak nampak matahari yang sedang menaik dan persekitaran pula tampak pekat dalam kegelapan disebabkan hujan yang mencurah-curah, percayalah, kita masih boleh solat dhuha! :P Heh. Pendek kata, cuaca bukan sekali-kali halangan antara kita dengan Allah (bukan macam kita yang terpaksa tunggu hujan reda untuk disampaikan/berhubung semula dengan mahallah). Maka, hanya hatilah yang sedar dan mahu akan semua itu lantas melakukan usaha 'reach out' kepada Khaliqnya. Semoga Allah sentiasa memberikan kita hati-hati yang hidup lagi hampir kepadaNya..
Akhir sekali, saya tutup dengan menghadiahkan sesuatu (analogi ek:D) untuk murabbiah dan usrahmates saya, tentang cuaca juga (dan dan je :P heh). Terimalah...
Di kala hujan lebat
dan di tengah-tengah salji yang membeku,
ketahuilah bahawa... kalian ialah 'heater'ku.
Manakala di bawah suhu tinggi
dan lengas panas yang rimas,
Kalian ialah 'air cond'ku ;)
Terima kasih, Allah.
Beriku teman yang baik
untuk setiap dan
sepanjang waktu =)
Dari itu kumohon Rabbi..
Kau jadikan kami golongan
yang menikmati.. indahnya ukhuwwah
di bawah nyamannya teduhan..
SyurgaMu~
Ameen.
Uhibbukunna fillah. Salam sayang dari bumi UIA yang sekejap panas dan sekejap hujan :D
Wednesday, October 31, 2012
Ceritera Anak Singa Pelangi
Labels:
ASP
Ceritera Anak Singa Pelangi versi saya,
ASP Syifa' Rahiman.
Anak Singa
Pelangi.
“Sehari
sebelum akak jumpa group usrah yang baru ni, akak mimpi kene kejar singa.
Rupa-rupanya group usrah ni namakan diri mereka Anak Singa”
Ummi
Singa,
MUDAH’12.
Tergelak
besar aku sorang-sorang kat belakang. Mana taknya. Kak Sumayyah sedang
memperkatakan tentang aku. Tentang kami.
Hmm. Kalau
ditanya bagaimana kami dapat nama ‘Anak Singa Pelangi’ tu, memang susah nak
jawab. Tak pernah pula kami duduk serius membincangkan satu nama untuk kami
gelarkan diri kami. Tak pernah pula sesiapa yang mencadangkan lalu kami mengira
undi untuk setuju atau menolak.
Cuma… Tiba-tiba
terminat dekat anak singa.
Anak singa
itu sangat lincah pergerakannya. Comel. Suka bermain-main dengan adik
beradiknya yang lain. Saling melindungi antara satu sama lain. Walaupun nakal,
tetap taat pada ibunya.
Pelangi.
Pelangi itu lambang kepelbagaian. Setiap seorang mewakili warna yang berbeza.
Dan, bila kesemua warna ini bercantum, barulah nampak keindahannya. Kalau Cuma
ada tiga atau lima, masih tak sempurna.
Pelangi itu
juga lambang ketabahan. Setuju kan kalau saya katakan, pelangi takkan keluar
sebelum hujan? Begitulah ibaratnya keindahan sesuatu perkara tidak dapat
dirasai jika kita tidak bersusah payah mendapatkannya.
ASP ini
sangat besar ertinya bagi aku dalam membentuk diri aku yang ada hari ini.
Mulanya,
kami disatukan di bumi barakah, UIAM Gombak. Atas landasan tarbiyyah dan
dakwah. Kami membina hubungan ini sewaktu diri masih tercari-cari identiti
diri. Apabila dipanggil, semua datang. Tak berniat apa-apa melainkan untuk ke
usrah. Belum saling mengenal.
Dikejutkan
dengan gerak kerja dakwah yang sangat berorganisasi. Aku yang baru nak berjinak
dengan dakwah sudah diarahkan buat itu ini. Terasa seperti robot. Bekerja
apabila diarahkan. Mengikut perintah ketua. Namun, kerja tetap berjalan seperti
biasa.
Aku memang
sudah jelas tentang kepentingan dakwah dan tarbiyyah. Tapi untuk aku bekerja
dalam satu konteks yang sangat besar, sangat memeningkan! Manakan tidak, dulu
di Nilai, kumpulan usrah yang ada tak sampai 20. Yang aktif boleh dikira dengan
jari. Masih jelas kesungguhan Asma’ Amatullah memasak panji dakwah di daerah
kontang itu.
Tetapi di
Gombak ni, kene buat program berskala besar. Yang ini berorientasikan
ikhwah-akhawat. Yang itu pula berorientasikan akhawat sahaja. Kene keluarkan
risalah. Entry di blog mesti sentiasa diupdate, seiring isu semasa kampus.
Mesti cari dana untuk jemaah. Belum lagi masuk arena tarbiyyah ahli. Segala
mala database, modul, laporan usrah dan macam-macam lagi. Allahu.
Dan
perselisihan sesama akhawat itu adalah fitrah. Ya. Aku mengaku kalau aku pernah
berselisih dengan akhawat. Bukan perselisihan biasa. Perselisihan yang
menimbulkan ketegangan dan memeningkan kepala! Kita kan berhubungan dengan
manusia. Yang punya emosi dan pelbagai watak yang berbeza. Dalam mana-mana
gerabak dakwah pun, pasti ada perselisihan. Mana-mana organisasi pun, pasti ada
kesalah fahaman.
Alhamdulillah semuanya selesai dengan damai. Dan Alhamdulillahi Rabbil Alamin aku tak tergolong dalam golongan yang gagal dalam ujian penapisan ini.
Dan
usrahlah tempat kami meluahkan segalanya. Kami menyaksikan tumpahnya air mata
sesama kami. Oh. Kami masih manusia. Ada sisi-sisi manusiawi yang perlu dirai.
Mungkin… Sebab
itulah ukhuwwah kami sangat rapat ibarat saudara yang punya pertalian darah.
Seiring
dengan berlalunya waktu, makin aku mengerti tujuan hidup. Aku mula bekerja
dengan niat yang betul. Bukan sekadar mengikut arahan atasan. Aku mula merasai kemanisan
persaudaraan. Segala berita gembira, aku kongsi bersama. Seronok sorang-sorang
ni tak best. Begitu juga berita yang sedih. Pemahaman. Nasihat. Menjadikan aku
makin bertabah dengan segala ujian.
“Aummmmmm.
Sila takut!”
“Aummmmmm.
Takkan tak takut kut?”
“Aummmmmm.
Tak takut ke?”
“Roarrrr”
Eh? Apa
bendanya ni?
Inilah
slogan ASP. Lol.
![]() |
| Tak payah kuat sangatlah mengaumnya |
Hahaha.
Sememangnya kami anak singa yang suka mengaum. Mengaum bila gembira. Mengaum
untuk melepaskan tekanan di jiwa. Dan mengaum untuk menakutkan mangsa. Aummmm!
Sila takut!
Murabbiah
pertama mendidik kami dengan sangat tegas. Agar kami berdisiplin. Anak singa
mesti tabah dan berani. Mana boleh manja-manja. Semua perintah kami taat. Err..
Kecuali wajibat yang satu ni. Setiap kali sebelum usrah, kami akan bertanya
sesama sendiri.
“Kau buat
tak?”
“Tak.
Malaslah”
“Aku buat.
Tapi sikit je”
Macam-macam
perangai.
Dan, bila
usrah mula, ibu singa bertanya,
“Macam mana
dengan wajibat? Meh akak nak tengok”
Semua jadi
tak senang duduk.
“Akak, kite
buat tak lengkap. Ada hari kite tulis ada hari kite tinggal.”
“Akak, kite
buat tiga baris je. Boleh ke?”
“Akak, kite
buat satu je minggu ni. Tapi panjangnya beberapa muka surat.”
Tulah dia.
JURNAL FALAK.
Hmm.
Macam-macam alasan. Sang murabbiah tetap bertegas. Wajibat mesti dihantar
samada siap atau tidak.
Begitulah.
Wajibatnya mudah. Setiap pagi lepas subuh, ambil masa beberapa minit untuk
menulis jurnal ringkas. Tak kisah berkisar apa. Tak kisah panjang mana. (Tapi
kalau setiap hari tiga baris je parah juga tu. Takkan tiada peningkatan?)
Oh ya.
Mungkin bakat menulis aku ni hasil tarbiah jurnal falak? Hehe. Alhamdulillah.
Seiring
dengan masa yang bergerak pantas, sedar tak sedar, sang murabbiah bakal
meninggalkan bumi barakah UIAM Gombak. Dah selesai perjuangan ilmunya.
Tanggungjawabnya kini untuk kampung halaman dan keluarga. Pemergiannya
ditangisi dan diraikan. Menangis bukan kecewa. Tetapi sebagai luahan emosi dan
keazaman kami untuk tetap meneruskan misi hingga selesai.
Kumpulan
ini dicarikan seorang murabbiah baru bagi menggantikan ibu singa yang pergi.
Maka diterbangkan khas dari New Zealand seorang ukhti berjiwa kental bagi
menggantikan sang murabbiah yang pergi. Memikul tanggungjawab besar menyambung
tarbiyyah anak-anak singa nakal.
Dan, ASP
yang sememangnya nakal ini, dalam masa yang sama, menghitung-hitung. Siapalah
yang bakal menggantikan tempat ibu kami.
“Eh.
Dengar-dengar ada seorang ukhti akan membawa usrah kita lepas ni. Dengarnya
ukhti ni tegas sikit”
“Yeke.
Habislah kita. Tak boleh mengaum dah ke?”
“Takpe.
Kita tengok je nanti”
Macam-macam
andaian. Memang aku akui. Aku sangat prejudis dengan murabbiah yang bakal
menggantikan sang murabbiah yang pergi. Mana taknya. Aku pernah lalui
macam-macam pengalaman dengan akhawat. Pengalaman yang pahit dan getir membuat
aku susah untuk menerima orang baru.
Namun, bila
pertama kali berjumpa, Alhamdulillah. Semuanya baik-baik saja. Perjumpaan
kedua, ketiga, keempat dan yang seterusnya… Alhamdulillah. Semuanya
bertambah-tambah baik. Malah perjalanan dakwah dan tarbiyyah lebih rancak.
Ukhuwwah makin utuh. Dan kenakalan pun menjadi-jadi.
Itulah dia
Ummi Singa yang menggantikan ibu kami yang pergi. (Tadi ibu singa. Sekarang
Ummi singa) Kedua-duanya orang hebat. Namun dengan personaliti masing-masing.
Tapi. Kamu
tahu? ASP tidak lagi wujud. Yang wujud hanyalah memori-memori kami. Yang masih
ada adalah semangat kami.
ASP sudah
tiada. Tetapi ukhuwwah antara kami masih seperti dahulu. Sebahagian di MISK.
Sebahagian di Ma Cherie. Seorang di bumi bekas diktator Gaddafi. Dan seorang
dalam perjuangannya di alam kerjaya.
Buat ASP. Kalianlah cinta. Kalianlah ukhuwwah. Selamanya tempatmu dihatiku.
Nadhirah.
Fatimah. Kak Hazwani. Husna. Azyan. Khadijah. Asma’. Hijrah. Atiq. Nabilah.
Syifa’.
Kak Wan
Fatimah. Kak Sumayyah.
Ok. Last.
Terimalah pantun empat kerat.(kredit: ASP Fatimah)
Pelangi
cuba melompat,
Alam tak
tergugat,
Pelangi
melompat tinggi,
Bubar satu
galaksi.
Alhamdulillah.
Aku masih di sini.
July 2012
Tuesday, October 23, 2012
MUDAH '12 kita bersama.. Alfu Shukr!
Labels:
MUDAH
Sungguh di bawah payungan ukhuwwah itu
kita bermain. Dan di dalam dekapan warna pelangi itu
kita meniti hari. Seiring makna hidup yang penuh erti.
Selagi ia terus diwarnakan lagi dengan tatanan kasih ilahi.
Sebenarnya tak ada apa pun utk di-post.
Tapi tiba-tiba teringatkan blog ni.
Dan hati pun tergamit utk mencoretkan sesuatu.
Ok post ni takkan jadi panjang berjela insyaAllah.
Sebab motif tulisan hanyalah sekadar utk ucapkan:
ALHAMDULILLAH^__^
Kerana apa ya?
Sebab....................................................
Baru teringat yang masa MUDAH haritu,
Member ASP (yg masih ada di UIA) cukup korum.
Memang mengaum! :D
Hehe.
Dah lama tak rasa perasaan gembira yang..
Segembira hari-hari tersebut.
[Dan kenangan silam pun berputar kembali]
Atiq
Djah
Yan
Kuzer
Cip
Asma'
Nad
Hijrah
Especially written with love for ASP-ians,
who will always inhibit a special place in my heart.
Sincerely, ASP Fatimah.
RoARrRrrrR
Friday, August 10, 2012
Saksi Dakwah
Labels:
words to ponder upon
"Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
[Tarmizi dan Ibnu Majah]
Ah! Aku sering dimomokkan dengan kata-kata: “Kita ni da’ie.
Orang akan tengok setiap tingkah laku kita. Apa yang kita pakai. Bahasa apa
yang kita guna. Cara kita layan orang. Akademik kita. Urusan kita macam mana. Tersusun
atau tak. Semualah.” Ish! Aku tak puas hati. Habis tu, kalau bukan da’ie,
orang takkan pandang? Orang tak kesah? Kalau macam tu tak payah lah jadi da’ie!
Astaghfirullah.
* * * * * * * * * * * * * * * *
“Awak tak sesuai lah jadi Peguam Criminal. Orang macam
awak ni, jadi Peguam Syar’ie lah.”
Amboi bang. Sesuka hati tentukan masa depan aku.
Jangan cabar-cabar! Pantang tahu! (dalam hati je)
“Kenapa?” (sambil kawal
emosi)
“Saya tengok awak tak sesuai. Cara awak pakai. Gaya
awak. Memang bukan Lawyer Criminal lah. Jadi Peguam Syar’ie ok lah. Buat kes
cerai artis. Haha.”
“Tu, kakak tu. Pakai tudung. Baju kurung. Boleh pula?”(Merujuk kepada Puan Pendakwaraya)
“Tak sama. Ada beza. Awak lain.”
Hmm. Apa-apalah wahai Encik Polis. Malas aku nak
layan.
Eh. Bukan aku nak cerita tentang Encik Polis dengan
soalan-soalannya yang pelik dan takde kaitan dengan point yang
aku nak bawa. Tapi tentang peranan saksi yang seperti da’ie.
Peranan saksi seperti da’ie. Ya. Peranan saksi
seperti da’ie. Syahadatul Haq?
Eh. Bukan-bukan. Tentang Syahadatul Haq, aku
pasti ramai yang dah jelas.
Begini. Peranan da’ie tu, sama macam saksi,
dalam satu sudut.
Macam ni kisahnya,
Seorang saksi itu, apabila dia menjadi saksi dalam
suatu kejadian, lebih-lebih lagi dalam kes jenayah, dia akan dipanggil untuk
memberi keterangan oleh pihak Pendakwaraya. Kan?
Saksi yang dipanggil oleh pihak Pendakwa akan
memberikan keterangan yang…err…yang…berdasarkan keterangannya, nampak seperti tertuduh
benar-benar melakukan jenayah tersebut.
(Eh. Bos aku defend pesalah! Macam mana ni?
Heh. Tunggu dulu)
Bila saksi tersebut disoal balas (cross examination)..,
Eh? Biar betul. Nampak macam saksi tadi tersalah tuduh oranglah pula. Kenyataan
yang bercanggah. Jawapannya tak parallel dengan story line
yang dia cerita. Mana satu ni?
Begitulah situasinya dalam mahkamah. Bukan senang nak
sabitkan seseorang itu bersalah atas sesuatu tuduhan. Mesti prove beyond
reasonable doubts! Lebih baik lepaskan tertuduh yang bersalah daripada
tersalah hukum orang yang tidak berdosa.
Oh. Dah lari ni. Bukan itu point yang aku nak
bawa. Hehe.
Berbalik semula kepada saksi tadi. Ketika dia memberi keterangan,
kamu tahu apa yang Encik Lawyer buat? Mereka catit dengan tepat setiap apa yang
saksi luahkan. Terutamanya Encik Lawyer Peguam Bela (memandangkan saksi
tersebut dipanggil memberi keterangan oleh Puan Pendakwaraya). Apa yang disebut
saksi akan dicatit dengan betul. Tak tambah tak kurang tak tukar.
Bila ada kenyataan yang bercanggah.. Ha! Inilah
peluang mereka untuk menimbulkan keraguan munasabah. (Reasonable doubts)
“Eh. Tadi waktu disoal Pendakwaraya, kamu kata lain.
Macam mana bila saya tanya sekali lagi, kenyataan awak berubah?”
Erm. Saksi keliru ke? Takkan lah menipu? Kalau dia
masih keliru dengan kejadian yang dia alami, bagaimana dia tergamak, dan dengan
yakinnya, tampil kehadapan untuk beri keterangan yang bakal menyebabkan tertuduh
disabitkan bersalah dan dihukum?
Menipu? Orang yang menipu memang kita boleh detect.
Kenyataan berubah-ubah dan bercanggah. Tapikan, sebelum dia buat keterangan,
dia sudah bersumpah untuk bercakap benar. Semua orang pun tahu akibatnya menipu
dan melanggar sumpah.
Oh. Itulah realitinya kehidupan ini. Setiap hari,
dalam mahkamah, inilah yang berlaku. Penyelesaiannya apa? Tuan Hakimlah yang
akan menentukannya. Berdasarkan hujjah dan bukti yang dikemukakan, dengan
mengambil kira situasi yang berlaku, akhirnya, Tuan Hakim akan memutuskan
berdasarkan ilmunya. Huh~ Bukan senang jadi Tuan Hakim. Bukan senang jadi Encik
Lawyer. Dan, tersangatlah susah kalau kita jadi saksi.
Peguam Bela akan menjadikan kata-kata saksi sebagai
hujjah untuk mematahkan pertuduhan. Mereka akan sentiasa mencari ruang apabila
saksi melakukan kesalahan. Salah buat kenyataan, nampak saksi seperti menipu
dan keliru. Kenyataan yang saling bercanggah, menampakkan saksi ragu-ragu dan
tak yakin atas penyaksiannya.
Dan. Kaitannya dengan da’ie? Eh. Tak nampak
lagikah? Hehe.
Ya. Da’ie itu, dia menyampaikan dakwahkan?
Dengan perkataan dan perbuatannya. Setiap yang keluar dari bibirnya, orang
sekeliling akan dengar (dan kebanyakkannya mendengar dengan telinga sahaja.
Bukan dengan hati). Lebih-lebih lagi musuh-musuh da’ie. Kalau kenyataan da’ie
bercanggah, itulah senjata ampuh musuh untuk mematahkan da’ie. Kalau
kenyataan da’ie saling bercanggah dengan perbuatan kita, ya, itulah
alasan mereka untuk menidakkan apa yang kita bawa. Segala mala dakwah kita,
mereka tak endahkan.
Memanglah orang selalu kata, ‘Jangan lihat siapa
yang berkata, tapi dengarlah apa yang disampaikan’. Kamu sangka musuh kita
kesah? Mereka tak kisah pun. Yang mereka kesah, ‘Ish! Cakap tak serupa
bikin!’. Da’ie itukan contoh dan qudwah dalam setiap tutur kata dan
tingkah laku.
Kenyataan yang saling bercanggah. Kenyataan yang
bercanggah dengan perbuatan. Eh. Eh. Da’ie ni, keliru ke dengan apa yang
dia ‘saksi’kan? Atau da’ie ni menipu? Sebelum ni kata lain, sekarang
kata lain. Dulu kata macam ni, kenapa sekarang dia buat macam tu?
Huh!
Dan yang menjadi Tuan Hakim dalam hidup da’ie
adalah ummat manusia seluruhnya yang ada disekeliling da’ie tersebut,
termasuklah musuh-musuh da’ie tadi. Mereka yang akan menilai dan
memutuskan. Kalau Tuan Hakim tu sama macam kita, ada ilmu agama, mungkin dia
dapat melihat dari kaca mata kita. Sangka baik. Berlapang dada. Manusia itu
pelupa. Bagilah peluang kedua. Kalau musuh kita? No way!
Begitulah da’ie.
Sebab itulah da’ie mesti sentiasa jaga pertuturan
dan tingkah laku. Jangan sampai dakwah yang kita sampaikan bercanggah dengan
perbuatan kita. Kita selalu mengingatkan agar menjaga solat. Kerana bilamana
solat terjaga, urusan lain-lain juga akan tersusun. Tapi, realitinya, kitalah
yang selalu hantar assignment lepas due date. Datang kelas
lambat. Terlupa kelas tambahan.
Kalau sahabat seusrah kita, mungkin mereka akan
bersangka baik.
“Mungkin dia ada urusan family hujung minggu tempoh
hari sehingga dia tak dapat menyiapkan tugasan.”
“Mungkin dia tak sihat.”
Tapi, kalau orang lain, kamu sangka mereka akan fikir
begitu? Tentu tidak! Apatah lagi musuh-musuh kita yang sentiasa menanti-nanti
kita buat silap. Kamu sangka mereka akan pertimbangkan kelemahan kita sebagai
manusia biasa? Stop dreaming! Bagi mereka, da’ie itu harus
sentiasa baik. Sempurna dan tak pernah buat silap.
“Hmm. Kata bawa dakwah, tapi dalam pelajaran tak
perform pun. Bawa usrah sampai 4-5. Adik-adik bulatan gembiralah. Konferens
rianglah. Cinta hatilah. Entah apa-apa lagi, boleh pula bagi komitmen. Tapi,
dalam pelajaran, cukup-cukup makan je. Bukan ke kamu juga yang kata ‘Menuntut
ilmu itu fardhu bagi setiap muslim’? Eh, jaga solat tak ni?”
Nah! Panahan halilintar bagi da’ie. Rasa macam
langit nak runtuh tak? Dihujani batu-bata besar sebesar batu-bata piramid
Firaun (mood Mesir tak habis lagi). Macam kene hiris dengan pisau tajam yang
baru diasah. Aduh. Pedih. Sakit. Nyilu.
Ya. Itulah realiti.
Sama-samalah lebih berhati-hati. Kadang-kadang, kita
memang tak boleh nak elak. Kalau benar-benar terjadi, yakinlah ada hikmahnya.
Tapi, usaha kita penting. Jangan berserah pada takdir semata. Jangan jadi
fitnah dakwah. Taubat.
Dan, Peguam Bela ini, macam-macam karakter. Ada yang
biasa-biasa. Baik. Tenang. Boleh lah saksi jawab soalan dengan tenang. Tak
tertekan.
Tapi, ada yang…..
“Saya katakan kepada kamu, sebenarnya kamu telah
berkomplot dengan orang lain untuk melakonkan kes rompakan ini dan kemudian,
kamu membuat laporan polis supaya kamu dilihat seolah-olah mangsa dalam kes
ini. Setuju atau tak setuju?”
Wahaha. Soalan apakah ini! Soalan yang berbaur
tuduhan! Merancang untuk melakonkan peristiwa ini dan kemudiannya melaporkan
kepada polis untuk melepaskan diri? Sungguh tidak bertanggungjawab! Aku tak
terfikir pun soalan ni akan ditanya.
“Kamu katakan, kamu dalam keadaan kelam kabut semasa
kejadian tersebut. Setuju atau tidak saya katakan pada kamu, bahawa kamu
sebenarnya masih ragu-ragu siapa sebenarnya tertuduh kerana kamu tak dapat
melihat wajah tertuduh dengan jelas memandangkan wajah tertuduh dilindungi oleh
vizer dan cermin mata hitam?”
“Walaupun saya……” Belum sempat saksi menghabiskan kata-katanya,
“Soalan saya, awak setuju atau tak setuju. Jawab apa
yang saya tanya. Yang saya tak tanya tak payah jawab.” Tegas.
“……. Setuju.”
Amboi Encik Lawyer. Garangnya.
(Aku agak, jawapannya macam ni: Walaupun saya tak
nampak dengan jelas, tapi saya yakin dialah yang melakukan semua ini. Wahaha.
Sesuka hati tolong jawabkan untuk saksi)
Untuk soalan-soalan yang seterusnya, saksi jawab dalam
keadaan takut. Mana taknya, disergah begitu. Teringat pensyarah aku pernah
bagitahu, tugas sebagai saksi bukan mudah.
Beliau cerita, dalam satu kes, seorang polis dipanggil
menjadi saksi. Polis tersebut, dengan gahnya memasuki mahkamah untuk memberikan
keterangan. Bangga. Riak dan yakin beliau dapat mengharunginya dengan mudah.
Selepas bertalu-talu disoal oleh Encik Lawyer, beliau tertunduk lemah.
Berpeluh-peluh. Berkerut dahinya. Tak larat dah nak jawab soalan Encik Lawyer.
Ha! Itulah tugas saksi. Bukan mudah. Aku dah bagitahu
kan tadi?
Kembali kepada tajuk. Hmm. Begitulah perangai Encik
Lawyer ye.
Begitu juga dengan realiti dunia hari ini. Kamu
sangka, manusia sekeliling kamu akan sentiasa berlemah lembut dengan kamu? Tak
semestinya! Kamu sangka musuh kamu akan setia mendengar hujjah dan alasan kamu?
Oh! Ini tidak mungkin terjadi. Dah nama pun musuh, dia takkan pernah beri kita
peluang. Manusia. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.
Ada juga orang yang suka jawapan yang ringkas. Ya atau
Tidak. Setuju atau Tidak Setuju. Alasannya mereka tak nak ambil tahu.
Tak adilkan? Tapi, mereka kesah apa? Mereka Cuma
menilai dari apa yang zahir. Penjelasan, alasan, mereka tak nak dengar. Yang
penting, kamu cakap tak serupa bikin! Kejap cakap lain, kejap lagi lain pula! Putar
belit! Kamu kan da’ie, mana boleh buat salah. Huh.
Susah ya nak jadi da’ie?
Jadi… Tak payah lah jadi ‘saksi’ tu. Buat susah diri.
Kena sentiasa waspada. Tak boleh salah sikit pun. Nanti kita yang kena balik
atas apa yang kita katakan. Kita jadi orang kebanyakan je lah. Takde orang
tengok. Takde orang kesah. Bebas buat apa sahaja.
Hey! Takkan kita nak Allah gantikan kita dengan orang
lain?
''Dan jika
kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan
kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti
kamu''
[Surah Muhammad : 38]
Oh. Andai kamu tak kesah, silakan. Aku tak sanggup tahu!
Dan, sebab itulah, ganjaran untuk daie ni, syurga. Syurga tu mahal. Kalau nak, pengorbanan kenalah besar. Allah ampunkan dosa kot! Selamat dari neraka.
Of course lah pengorbanan pun kene hebat. Korbankan dulu jiwa dan hartamu!
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.”
[As-Shaaf : 10 – 13]
Kesimpulan:
Da’ie memang selalu diperhatikan. Hati-hati.
Tapi, ketika giliran kita untuk menilai seseorang, janganlah buat kesimpulan terhadap seseorang sebelum dia diberikan hak untuk membela diri. Dengar cerita dari kedua pihak. Kemudian, terpulanglah. Barulah kita jadi orang yang matang dan adil.
Walaubagaimanapun, aku tak lihat tugas da’ie ini sebagai satu bebanan, bahkan ianya adalah sesuatu _____ (alat, macam tak sesuai) untuk menjaga diri kita. Kita kan akan dipersoalkan atas setiap kata-kata dan perbuatan kita. Jadi, kenelah jaga perkataan dan perbuatan sentiasa. Bila jadi da’ie, kita kan selalu diperhatikan (oleh Allah dan manusia sekeliling kita). Ada malaikat yang sentiasa catit amal kita. Memandangkan konsep Ihsan itu agak susah untuk kita amalkan 24 jam, mungkin mata-mata manusia inilah yang jadi penghalang supaya kita tak ambil kesempatan dan berwaspada dengan dosa.
Saya bukan memburukkan Encik-encik Lawyer, kerana itulah cara mereka untuk mendapatkan kepastian dari saksi. Malah, tugas mereka adalah tugas mulia. Menegakkan yang haq. Supaya nanti takde yang tersalah hukum. Yang benar tetap benar, kan? So, biar mereka yang pakar ni buat kerja. Kita tunggu hasilnya. Andai mereka melaksanakan tanggungjawab mereka dengan amanah, takde istilah ‘membela pesalah’ atau ‘berkomplot dengan penjenayah’ dan sebagainya. Namun tidak dinafikan ada mereka-mereka yang melakukan kerja keji ini. Membuat alibi palsu, putar belit fakta dan macam-macam lagi. Na’uzubillahi min zalik.
Dalam berdebat, jaga akhlaq dan adab. Jangan kalah dengan emosi. Kamu akan dihormati.
Peringatan ini adalah untuk saya secara peribadi. Harap maklum.
"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
[as-Soff: 2-3]
Allahu a'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)





.jpg)
