"Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
[Tarmizi dan Ibnu Majah]
Ah! Aku sering dimomokkan dengan kata-kata: “Kita ni da’ie.
Orang akan tengok setiap tingkah laku kita. Apa yang kita pakai. Bahasa apa
yang kita guna. Cara kita layan orang. Akademik kita. Urusan kita macam mana. Tersusun
atau tak. Semualah.” Ish! Aku tak puas hati. Habis tu, kalau bukan da’ie,
orang takkan pandang? Orang tak kesah? Kalau macam tu tak payah lah jadi da’ie!
Astaghfirullah.
* * * * * * * * * * * * * * * *
“Awak tak sesuai lah jadi Peguam Criminal. Orang macam
awak ni, jadi Peguam Syar’ie lah.”
Amboi bang. Sesuka hati tentukan masa depan aku.
Jangan cabar-cabar! Pantang tahu! (dalam hati je)
“Kenapa?” (sambil kawal
emosi)
“Saya tengok awak tak sesuai. Cara awak pakai. Gaya
awak. Memang bukan Lawyer Criminal lah. Jadi Peguam Syar’ie ok lah. Buat kes
cerai artis. Haha.”
“Tu, kakak tu. Pakai tudung. Baju kurung. Boleh pula?”(Merujuk kepada Puan Pendakwaraya)
“Tak sama. Ada beza. Awak lain.”
Hmm. Apa-apalah wahai Encik Polis. Malas aku nak
layan.
Eh. Bukan aku nak cerita tentang Encik Polis dengan
soalan-soalannya yang pelik dan takde kaitan dengan point yang
aku nak bawa. Tapi tentang peranan saksi yang seperti da’ie.
Peranan saksi seperti da’ie. Ya. Peranan saksi
seperti da’ie. Syahadatul Haq?
Eh. Bukan-bukan. Tentang Syahadatul Haq, aku
pasti ramai yang dah jelas.
Begini. Peranan da’ie tu, sama macam saksi,
dalam satu sudut.
Macam ni kisahnya,
Seorang saksi itu, apabila dia menjadi saksi dalam
suatu kejadian, lebih-lebih lagi dalam kes jenayah, dia akan dipanggil untuk
memberi keterangan oleh pihak Pendakwaraya. Kan?
Saksi yang dipanggil oleh pihak Pendakwa akan
memberikan keterangan yang…err…yang…berdasarkan keterangannya, nampak seperti tertuduh
benar-benar melakukan jenayah tersebut.
(Eh. Bos aku defend pesalah! Macam mana ni?
Heh. Tunggu dulu)
Bila saksi tersebut disoal balas (cross examination)..,
Eh? Biar betul. Nampak macam saksi tadi tersalah tuduh oranglah pula. Kenyataan
yang bercanggah. Jawapannya tak parallel dengan story line
yang dia cerita. Mana satu ni?
Begitulah situasinya dalam mahkamah. Bukan senang nak
sabitkan seseorang itu bersalah atas sesuatu tuduhan. Mesti prove beyond
reasonable doubts! Lebih baik lepaskan tertuduh yang bersalah daripada
tersalah hukum orang yang tidak berdosa.
Oh. Dah lari ni. Bukan itu point yang aku nak
bawa. Hehe.
Berbalik semula kepada saksi tadi. Ketika dia memberi keterangan,
kamu tahu apa yang Encik Lawyer buat? Mereka catit dengan tepat setiap apa yang
saksi luahkan. Terutamanya Encik Lawyer Peguam Bela (memandangkan saksi
tersebut dipanggil memberi keterangan oleh Puan Pendakwaraya). Apa yang disebut
saksi akan dicatit dengan betul. Tak tambah tak kurang tak tukar.
Bila ada kenyataan yang bercanggah.. Ha! Inilah
peluang mereka untuk menimbulkan keraguan munasabah. (Reasonable doubts)
“Eh. Tadi waktu disoal Pendakwaraya, kamu kata lain.
Macam mana bila saya tanya sekali lagi, kenyataan awak berubah?”
Erm. Saksi keliru ke? Takkan lah menipu? Kalau dia
masih keliru dengan kejadian yang dia alami, bagaimana dia tergamak, dan dengan
yakinnya, tampil kehadapan untuk beri keterangan yang bakal menyebabkan tertuduh
disabitkan bersalah dan dihukum?
Menipu? Orang yang menipu memang kita boleh detect.
Kenyataan berubah-ubah dan bercanggah. Tapikan, sebelum dia buat keterangan,
dia sudah bersumpah untuk bercakap benar. Semua orang pun tahu akibatnya menipu
dan melanggar sumpah.
Oh. Itulah realitinya kehidupan ini. Setiap hari,
dalam mahkamah, inilah yang berlaku. Penyelesaiannya apa? Tuan Hakimlah yang
akan menentukannya. Berdasarkan hujjah dan bukti yang dikemukakan, dengan
mengambil kira situasi yang berlaku, akhirnya, Tuan Hakim akan memutuskan
berdasarkan ilmunya. Huh~ Bukan senang jadi Tuan Hakim. Bukan senang jadi Encik
Lawyer. Dan, tersangatlah susah kalau kita jadi saksi.
Peguam Bela akan menjadikan kata-kata saksi sebagai
hujjah untuk mematahkan pertuduhan. Mereka akan sentiasa mencari ruang apabila
saksi melakukan kesalahan. Salah buat kenyataan, nampak saksi seperti menipu
dan keliru. Kenyataan yang saling bercanggah, menampakkan saksi ragu-ragu dan
tak yakin atas penyaksiannya.
Dan. Kaitannya dengan da’ie? Eh. Tak nampak
lagikah? Hehe.
Ya. Da’ie itu, dia menyampaikan dakwahkan?
Dengan perkataan dan perbuatannya. Setiap yang keluar dari bibirnya, orang
sekeliling akan dengar (dan kebanyakkannya mendengar dengan telinga sahaja.
Bukan dengan hati). Lebih-lebih lagi musuh-musuh da’ie. Kalau kenyataan da’ie
bercanggah, itulah senjata ampuh musuh untuk mematahkan da’ie. Kalau
kenyataan da’ie saling bercanggah dengan perbuatan kita, ya, itulah
alasan mereka untuk menidakkan apa yang kita bawa. Segala mala dakwah kita,
mereka tak endahkan.
Memanglah orang selalu kata, ‘Jangan lihat siapa
yang berkata, tapi dengarlah apa yang disampaikan’. Kamu sangka musuh kita
kesah? Mereka tak kisah pun. Yang mereka kesah, ‘Ish! Cakap tak serupa
bikin!’. Da’ie itukan contoh dan qudwah dalam setiap tutur kata dan
tingkah laku.
Kenyataan yang saling bercanggah. Kenyataan yang
bercanggah dengan perbuatan. Eh. Eh. Da’ie ni, keliru ke dengan apa yang
dia ‘saksi’kan? Atau da’ie ni menipu? Sebelum ni kata lain, sekarang
kata lain. Dulu kata macam ni, kenapa sekarang dia buat macam tu?
Huh!
Dan yang menjadi Tuan Hakim dalam hidup da’ie
adalah ummat manusia seluruhnya yang ada disekeliling da’ie tersebut,
termasuklah musuh-musuh da’ie tadi. Mereka yang akan menilai dan
memutuskan. Kalau Tuan Hakim tu sama macam kita, ada ilmu agama, mungkin dia
dapat melihat dari kaca mata kita. Sangka baik. Berlapang dada. Manusia itu
pelupa. Bagilah peluang kedua. Kalau musuh kita? No way!
Begitulah da’ie.
Sebab itulah da’ie mesti sentiasa jaga pertuturan
dan tingkah laku. Jangan sampai dakwah yang kita sampaikan bercanggah dengan
perbuatan kita. Kita selalu mengingatkan agar menjaga solat. Kerana bilamana
solat terjaga, urusan lain-lain juga akan tersusun. Tapi, realitinya, kitalah
yang selalu hantar assignment lepas due date. Datang kelas
lambat. Terlupa kelas tambahan.
Kalau sahabat seusrah kita, mungkin mereka akan
bersangka baik.
“Mungkin dia ada urusan family hujung minggu tempoh
hari sehingga dia tak dapat menyiapkan tugasan.”
“Mungkin dia tak sihat.”
Tapi, kalau orang lain, kamu sangka mereka akan fikir
begitu? Tentu tidak! Apatah lagi musuh-musuh kita yang sentiasa menanti-nanti
kita buat silap. Kamu sangka mereka akan pertimbangkan kelemahan kita sebagai
manusia biasa? Stop dreaming! Bagi mereka, da’ie itu harus
sentiasa baik. Sempurna dan tak pernah buat silap.
“Hmm. Kata bawa dakwah, tapi dalam pelajaran tak
perform pun. Bawa usrah sampai 4-5. Adik-adik bulatan gembiralah. Konferens
rianglah. Cinta hatilah. Entah apa-apa lagi, boleh pula bagi komitmen. Tapi,
dalam pelajaran, cukup-cukup makan je. Bukan ke kamu juga yang kata ‘Menuntut
ilmu itu fardhu bagi setiap muslim’? Eh, jaga solat tak ni?”
Nah! Panahan halilintar bagi da’ie. Rasa macam
langit nak runtuh tak? Dihujani batu-bata besar sebesar batu-bata piramid
Firaun (mood Mesir tak habis lagi). Macam kene hiris dengan pisau tajam yang
baru diasah. Aduh. Pedih. Sakit. Nyilu.
Ya. Itulah realiti.
Sama-samalah lebih berhati-hati. Kadang-kadang, kita
memang tak boleh nak elak. Kalau benar-benar terjadi, yakinlah ada hikmahnya.
Tapi, usaha kita penting. Jangan berserah pada takdir semata. Jangan jadi
fitnah dakwah. Taubat.
Dan, Peguam Bela ini, macam-macam karakter. Ada yang
biasa-biasa. Baik. Tenang. Boleh lah saksi jawab soalan dengan tenang. Tak
tertekan.
Tapi, ada yang…..
“Saya katakan kepada kamu, sebenarnya kamu telah
berkomplot dengan orang lain untuk melakonkan kes rompakan ini dan kemudian,
kamu membuat laporan polis supaya kamu dilihat seolah-olah mangsa dalam kes
ini. Setuju atau tak setuju?”
Wahaha. Soalan apakah ini! Soalan yang berbaur
tuduhan! Merancang untuk melakonkan peristiwa ini dan kemudiannya melaporkan
kepada polis untuk melepaskan diri? Sungguh tidak bertanggungjawab! Aku tak
terfikir pun soalan ni akan ditanya.
“Kamu katakan, kamu dalam keadaan kelam kabut semasa
kejadian tersebut. Setuju atau tidak saya katakan pada kamu, bahawa kamu
sebenarnya masih ragu-ragu siapa sebenarnya tertuduh kerana kamu tak dapat
melihat wajah tertuduh dengan jelas memandangkan wajah tertuduh dilindungi oleh
vizer dan cermin mata hitam?”
“Walaupun saya……” Belum sempat saksi menghabiskan kata-katanya,
“Soalan saya, awak setuju atau tak setuju. Jawab apa
yang saya tanya. Yang saya tak tanya tak payah jawab.” Tegas.
“……. Setuju.”
Amboi Encik Lawyer. Garangnya.
(Aku agak, jawapannya macam ni: Walaupun saya tak
nampak dengan jelas, tapi saya yakin dialah yang melakukan semua ini. Wahaha.
Sesuka hati tolong jawabkan untuk saksi)
Untuk soalan-soalan yang seterusnya, saksi jawab dalam
keadaan takut. Mana taknya, disergah begitu. Teringat pensyarah aku pernah
bagitahu, tugas sebagai saksi bukan mudah.
Beliau cerita, dalam satu kes, seorang polis dipanggil
menjadi saksi. Polis tersebut, dengan gahnya memasuki mahkamah untuk memberikan
keterangan. Bangga. Riak dan yakin beliau dapat mengharunginya dengan mudah.
Selepas bertalu-talu disoal oleh Encik Lawyer, beliau tertunduk lemah.
Berpeluh-peluh. Berkerut dahinya. Tak larat dah nak jawab soalan Encik Lawyer.
Ha! Itulah tugas saksi. Bukan mudah. Aku dah bagitahu
kan tadi?
Kembali kepada tajuk. Hmm. Begitulah perangai Encik
Lawyer ye.
Begitu juga dengan realiti dunia hari ini. Kamu
sangka, manusia sekeliling kamu akan sentiasa berlemah lembut dengan kamu? Tak
semestinya! Kamu sangka musuh kamu akan setia mendengar hujjah dan alasan kamu?
Oh! Ini tidak mungkin terjadi. Dah nama pun musuh, dia takkan pernah beri kita
peluang. Manusia. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.
Ada juga orang yang suka jawapan yang ringkas. Ya atau
Tidak. Setuju atau Tidak Setuju. Alasannya mereka tak nak ambil tahu.
Tak adilkan? Tapi, mereka kesah apa? Mereka Cuma
menilai dari apa yang zahir. Penjelasan, alasan, mereka tak nak dengar. Yang
penting, kamu cakap tak serupa bikin! Kejap cakap lain, kejap lagi lain pula! Putar
belit! Kamu kan da’ie, mana boleh buat salah. Huh.
Susah ya nak jadi da’ie?
Jadi… Tak payah lah jadi ‘saksi’ tu. Buat susah diri.
Kena sentiasa waspada. Tak boleh salah sikit pun. Nanti kita yang kena balik
atas apa yang kita katakan. Kita jadi orang kebanyakan je lah. Takde orang
tengok. Takde orang kesah. Bebas buat apa sahaja.
Hey! Takkan kita nak Allah gantikan kita dengan orang
lain?
''Dan jika
kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan
kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti
kamu''
[Surah Muhammad : 38]
Oh. Andai kamu tak kesah, silakan. Aku tak sanggup tahu!
Dan, sebab itulah, ganjaran untuk daie ni, syurga. Syurga tu mahal. Kalau nak, pengorbanan kenalah besar. Allah ampunkan dosa kot! Selamat dari neraka.
Of course lah pengorbanan pun kene hebat. Korbankan dulu jiwa dan hartamu!
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.”
[As-Shaaf : 10 – 13]
Kesimpulan:
Da’ie memang selalu diperhatikan. Hati-hati.
Tapi, ketika giliran kita untuk menilai seseorang, janganlah buat kesimpulan terhadap seseorang sebelum dia diberikan hak untuk membela diri. Dengar cerita dari kedua pihak. Kemudian, terpulanglah. Barulah kita jadi orang yang matang dan adil.
Walaubagaimanapun, aku tak lihat tugas da’ie ini sebagai satu bebanan, bahkan ianya adalah sesuatu _____ (alat, macam tak sesuai) untuk menjaga diri kita. Kita kan akan dipersoalkan atas setiap kata-kata dan perbuatan kita. Jadi, kenelah jaga perkataan dan perbuatan sentiasa. Bila jadi da’ie, kita kan selalu diperhatikan (oleh Allah dan manusia sekeliling kita). Ada malaikat yang sentiasa catit amal kita. Memandangkan konsep Ihsan itu agak susah untuk kita amalkan 24 jam, mungkin mata-mata manusia inilah yang jadi penghalang supaya kita tak ambil kesempatan dan berwaspada dengan dosa.
Saya bukan memburukkan Encik-encik Lawyer, kerana itulah cara mereka untuk mendapatkan kepastian dari saksi. Malah, tugas mereka adalah tugas mulia. Menegakkan yang haq. Supaya nanti takde yang tersalah hukum. Yang benar tetap benar, kan? So, biar mereka yang pakar ni buat kerja. Kita tunggu hasilnya. Andai mereka melaksanakan tanggungjawab mereka dengan amanah, takde istilah ‘membela pesalah’ atau ‘berkomplot dengan penjenayah’ dan sebagainya. Namun tidak dinafikan ada mereka-mereka yang melakukan kerja keji ini. Membuat alibi palsu, putar belit fakta dan macam-macam lagi. Na’uzubillahi min zalik.
Dalam berdebat, jaga akhlaq dan adab. Jangan kalah dengan emosi. Kamu akan dihormati.
Peringatan ini adalah untuk saya secara peribadi. Harap maklum.
"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
[as-Soff: 2-3]
Allahu a'lam.
1 comment:
uish.
cuak membacanya.
tapi sy selalu rasa selamat dikelilingi rakan2 seusrah yang belajar law lagi mengaum-ngaum haha. 'ala kulli hal, mmg mcm2 boleh berlaku dan tawakkal kita yg paling tinggi hanya pada Allah, walaupun rakan2 berkaliber pasti boleh membantu sedikit sebanyak ;)alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
Post a Comment