Thursday, January 3, 2013

Baca ni...

DOA KETIKA MELIHAT CERMIN


اللَّـهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي


“Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.”


Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.


[Hadith Sahih - Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban]




semenjak dua menjak ni... selalu terharu bila baca doa melihat cermin.
macam kelakar kan?
simple kot. doa melihat cermin je...
bukan doa yang berjela-jela panjangnya. sarat dengan maksud.
bukan doa yang berbunga-bunga, sampai mengalir air mata.

simple sangat sampai kadang-kadang endah tak endah je membacanya.
tak sampai ke hati.
simple sangat sampai kadang-kadang tak terbaca. kan?

sebab selalunya kita berdoa untuk perkara-perkara yang fizikal.
yang nampak di mata kasar manusia.

wajah yang cantik.
pakaian yang berjenama.
rumah yang besar.
kereta yang bergaya.
pangkat dan harta.

sanggup berhabis duit untuk perkara yang material.
biar papa asal bergaya.
sanggup menggadai maruah untuk kuasa.
sanggup qiam untuk exam!
sanggup dhuha untuk kaya!

tapi kita abaikan perkara-perkara yang jauh lebih penting.
perkara yang tak nampak dari jauh, hanya mampu dinilai dari jarak dekat.
hanya ternampak bila diperhatikan. hanya terluah bila bersama.
perkara yang kita pandang enteng.

contohnya?
kesihatan. emosi. kasih sayang.

dan lebih penting lagi dari semua itu? akhlak.
akhlak seorang muslim.

sedangkan...

Nabi saw. bersabda, ”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak.” (HR Bukhari) 
Allah berfirman: “Sungguh engkau (Muhammad) memiliki akhlak yang agung.” (Al-Qalam: 4) 
Rasulullah saw. pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga? Baginda menjawab, “takwa kepada Allah dan akhlak mulia”. Beliau juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka baginda menjawab, “mulut dan kemaluan” (HR. Tirmidzi)
Rasulullah saw bersabda, “Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya." (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasai)
Rasulullah saw. bersabda, “Yang paling memberatkan mizan(timbangan) pada hari kiamat ialah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)
Sabda Rasulullah, "Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya." [HR Abu Dawud]

ramai orang yang berusaha mencantikkan muka, tapi tak ramai orang yang meletakan usaha yang setara untuk mencantikkan akhlak. walhal akhlak itu salah satu pintu mudah ke syurga. *sila terasa*

jadi doa melihat cermin bukan doa biasa-biasa.
bukan doa saja-saja.
tapi doa penuh makna.
besar hikmahnya!

doa moga diperelokkan akhlak.
doa moga dijamin akhirat.

kalau muka cantik tapi rosak akhlak? dunia tak dapat akhirat ke mana.
kalau dapat dunia sekalipun, dunia yang macam mana?
tenang atau yang caca merba?
ye lah. muka dah cantik.
mula jadi perhatian dan sebagainya.
kita semua tahu kisahnya.

muka yang cantik mungkin sejuk mata memandang dari jauh.
tapi bila dah didekati akhlaknya tak seberapa?
yang mendekat mungkin akan mula pergi jauh. kan?
jadi apa yang tinggal?
hanyalah muka yang cantik yang disia-siakan dan
tenaga masa dan wang ringgit yang dilaburkan untuk muka yang cantik tu. kan?

walaupun wanita itu paling utama dikahwini kerana kecantikkannya. tapi yang paling afdhal adalah dinikahi kerana agamanya. #eh

kata orang, 'a beautiful face is nothing without a beautiful heart'

jadi mungkin lepas ni. setiap kali kita baca doa melihat cermin.
kita hayati maksudnya.
kita penuhi tuntutannya.

moga dapat mengikuti akhlak Nabi yang mulia.
moga syurga buat kita semua.
ameen.

ps: azam tahun lepas, tahun ni, dan tahun akan datang.
pps: ibarat tamparan bila ummi tegur 'awak doa tak untuk kesihatan?' sebab selalu bila doa, hanya terfikir untuk doa 'kejayaan dunia akhirat' tapi tak pernah terfikir, yang kesihatan itu lebih penting dari kejayaan material. nikmat sihat yang Allah pinjamkan. bila dah ditarik semula, tiada ganti. :(
ppps: lebih bisa bila setiap kali tengok wajah di cermin, muhasabah tentang hati yang hanya Allah yang tahu kondisinya. terima kasih ya Allah kerana Kau menutup segala aib dan dosa hamba-Mu ini! *sobs* kalau lah dosa itu berbau, nescaya tiada yang akan sanggup menghampiriku. kerana aku lah yang paling banyak dosanya dan paling sedikit taubatnya.

Allah yang ar-Rahman dan ar-Rahim, aku bersyukur untuk itu.

1 comment:

Alang said...

Husna cantikkk tgk cermin!~^_^